Hari ini hari bahagia Nabila - Neelofa - Utusan Malaysia

Hari ini hari bahagia Nabila – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara popular, Neelofa meluahkan rasa gembira melihat kakaknya, Noor Nabila meraih kebahagiaan apabila mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Engku Emran.

Neelofa dalam pada masa yang sama mendoakan agar kebahagiaan sentiasa memeluk erat kedua mempelai itu hingga ke syurga.

“Hari ini merupakan hari bahagia kakak saya, Noor Nabila. Saya berasa sangat gembira melihat Nabila meraih bahagia dan saya berharap agar kebahagiaan yang dilimpahkan kepadanya akan kekal sampai bila-bila.

“Doa dan harapan saya agar kedua mereka saling melengkapi, dan semoga Allah SWT merahmati rumah tangga Nabila serta suami sehingga ke akhir nadi syurga,” katanya dalam satu kenyataan.

Noor Nabila selamat mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin ,47, pagi tadi di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini pukul jam 10.02 pagi tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya