KUALA LUMPUR: Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja tular di media sosial foto dipercayai majlis perkahwinan penyanyi, Elizabeth Tan yang mencetuskan pelbagai spekulasi.
Foto yang dikongsi bapanya, David Tan Suan Chew di Facebooknya itu menunjukkan penyanyi wanita itu bersama seorang lelaki berdiri di hadapan paderi.
David juga menerusi kapsyen gambar tersebut memaklumkan penyanyi lagu Semua Sudah itu merupakan anak perempuan terakhirnya.
“Anak perempuan terakhirku,” kongsi David seperti yang tular di media sosial hari ini.
Gambar tersebut mencetuskan tanda tanya sama ada benarkah Elizabeth sudah berkahwin atau tidak.
Rata-rata warganet terkejut dengan gambar yang tular namun tetap meninggalkan komen positif dan baik.
Usaha Utusan Malaysia mendapatkan jawapan Elizabeth gagal.