Duit sejuta pun, kalau tak boleh menyanyi lupakan sajalah - Ajai - Utusan Malaysia

Duit sejuta pun, kalau tak boleh menyanyi lupakan sajalah – Ajai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Komposer dan pemuzik terkemuka tanah air, Ajai, 47,membidas pandangan sesetengah pihak yang mendakwa senior atau orang lama sepertinya memiliki sifat ego yang tinggi sehingga dilihat sering menyelar bakat-bakat baharu dalam industri.

Menurut Ajai, bukan soal ego, tetapi pemuzik senior sebenarnya adalah golongan yang berpegang pada prinsip dalam usaha memastikan industri seni muzik tanah air tidak dilambakkan dengan kehadiran bakat-bakat asal boleh.

“Mereka yang kenal, pasti tahu saya adalah antara orang yang cerewet dalam bab menilai bakat seseorang itu. Orang nak bagi duit sejuta pun, kalau dia tak boleh menyanyi, saya cakap dia bukan seorang penyanyi.

“Jangan buang masa, lebih baik cari kerjaya lain. Jangan buat bidang nyanyian ini untuk berseronok sebab menyanyi dalam industri adalah satu profesion, termasuklah dalam bab menulis lirik dan buat lagu.

“Ya, memang bidang seni muzik dan nyanyian itu boleh dianggap macam fesyen. Tapi biarlah kita berpegang pada kualiti,”katanya.

Ajai berkata demikian semasa ditemui dalam majlis pelancaran single penyanyi baharu, Sophia Zuhri yang diadakan di The Starling Mall, di sini, semalam.

Menurut Ajai, dia melihat rata-rata bakat baharu dalam bidang penulisan lirik dan gubahan lagu juga masih ramai yang kurang dari aspek ilmu dan seharusnya faktor inilah yang perlu dipertingkatkan.

“Mungkin inilah yang perlu mereka gali lagi. Dalam muzik, skopnya besar. Misalnya nak tulis lirik dan lagu, kita nak penulis yang betul-betul bermati-matian hasilkan sesebuah album itu.

“Bukan kita tak sokong generasi baru, tapi mereka perlu fikir dan lihat skop yang lebih luas dalam bidang ini sebab muzik itu sendiri banyak cabangnya yang harus dipelajari. Bukan sekadar buat lagu dan menyanyi sahaja,”katanya.

Dalam pada itu, Ajai juga melahirkan harapan agar generasi baru dalam industri seni boleh menerima teguran orang-orang lama demi melahirkan lebih ramai penggiat dan pemuzik yang bermutu.

“Contohnya dalam Anugerah Juara Lagu (AJL), mereka yang jadi juri itu pun bukannya orang biasa-biasa, semuanya belajar dan bersusah-susah dari bawah. Saya tahu sehingga kini pun ada yang menghentam.

“Tapi tak apa, selagi kami dihentam, selagi itulah kami akan berkeras. Itu sebab saya kata ini bukan soal ego, tapi prinsip,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya