‘Dah jadi mak baru faham’- Ain Sufia - Utusan Malaysia

‘Dah jadi mak baru faham’- Ain Sufia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih setahun bergelar ibu kepada anak pertama, Indah Nufa, pelakon dan pelawak, Ain Sufia cukup memahami perasaan yang selama ini dirasai oleh golongan ibu.

Menurut pemilik nama lengkap Nurul Ain Othman, 34, berkecimpung dalam dunia hiburan ada sisi menyeronokkan dan juga sebaliknya, lebih-lebih lagi apabila sudah menimang cahaya mata.

“Yang seronoknya kita tidak bekerja lebih dari lapan jam jadi bolehlah ada masa jaga anak, nampak perkembangan anak membesar. Namun bila ada kerja luar daerah itu punyalah sedih nak berjauhan dengan anak.

“Lagi pun dia masih menyusu badan. Dulu saya tak faham perkara macam ini, dah jadi mak orang baru faham,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Begitu pun kata Ain, itu bukanlah alasan untuk tidak mempunyai zuriat pada masa mendatang.

“Iyalah nanti sudah berusia ada anak ramai barulah seronok. Doakan rezeki saya tambah anak lagi sementara masih muda,” katanya.

Bercakap fasal situasi mencabar, kongsi Ain, masih ada segelintir yang kurang sensitif dengan menyentuh anak orang tanpa keizinan.

“Anak saya ini terlebih ramah bila nampak orang dia akan tegur, kecuali orang tidak dikenali. Keletah dia memang macam itu orang suka dan ada yang cuit pipi atau sentuh dia.

“Masih ada lagi orang sekarang ini tak sensitif. Nak terus marah nanti orang mengata kita pula. Oleh itu, langkah yang pantas saya terus bawa anak pergi basuh muka tangan atau mandikan dia dan guna sanitasi selepas orang pegang atau dia sentuh benda-benda di tempat awam.

“Kalau dia nak main permainan kereta di dalam pusat beli belah, ssaya tetap lap mainan itu sebelum dan selepas anak saya guna sebagai langkah berjaga-jaga,” ujarnya yang turut memberikan makanan vitamin sebagai antibodi anak.

Untuk rekod, Ain dan suami Mohd Nor Ab Mutalib selamat diijabkabulkan pada 1 Februari 2019 dan dikurniakan zuriat pada 30 Oktober 2019.

Dalam perkembangan kerjaya seni, Ain bakal menjalani penggambaran telefilem Misteri Wak Leman di Kuala Kangsar arahan Yen Osing terbitan Tribution Studio siaran RTM bersama barisan pelakon Ropie, Haneesya Hanee, Faiz Tapaw, Aisar Khaleed, Dewa Sapri dan Emelie Hanif.

Mengenai pembabitan karier seni lakonan, Ain menyasarkan watak lebih mencabar seperti aksi berlawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya