Tertekan ataupun sentiasa kurang keyakinan diri sendiri, malah dihimpit dengan rasa penyesalan tanpa sebab tertentu, itu antara perkara-perkara yang dirasakan sebilangan penghidap penyakit gangguan kesihatan mental. Masalah gangguan kesihatan mental itu bukan sahaja serius dalam kalangan remaja, bahkan golongan artis juga terdedah sama. Pertengahan tahun lepas, pelakon Fadlan Hazim ada membuat pendedahan berani di media sosial. Katanya, dia ada menghidap penyakit tersebut sejak kecil namun mengelak daripada mendapatkan pertolongan profesional kerana beranggapan dirinya baik-baik sahaja. Cerita pelakon filem Sangkar ini, ketika itu dia pernah mengalami episod hitam, didera secara emosi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya