"Berat tangan ini melepaskanmu..." - Mama Neelofa - Utusan Malaysia

“Berat tangan ini melepaskanmu…” – Mama Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua hari usai majlis pernikahan pengcara popular, Neelofa dan pendakwah, Haris Ismail, dunia media sosial masih riuh berkicau berkongsi gambar, kapsyen dan video sepanjang majlis berlangsung.

Tidak ketinggalan pesanan ibunya, Datin Noor Kartini yang menyentuh hati ramai peminat yang turut sama mendoakan kebahagiaan berkekalan untuk pasangan mempelai yang bernikah tepat pukul 11.43 pagi Sabtu lalu.

“Wahai anakku sayang, Neelofa , taati dan sayangilah suamimu Haris. Serikanlah mahligai cintamu setiap saat dan waktu seperti mana Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha seperti Engkau satukan Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia akhirat kelak.

“Ya Allah Ya Tuhanku, berkati dan serikan mahligai cinta mereka dengan siraman cinta setiap masa dan kurniakan kepada mereka zuriat yang soleh dan juga solehah.

Noor Kartini juga turut meluahkan rasa berat untuk melepaskan anaknya namun dia percaya dengan ketentuan dan percaturan jodoh yang telah ditetapkan Allah.

“Doa Mama dan keluarga sentiasa mengiringi gerak langkah dan perjalanan kamu wahai sayangku, berat tangan ini melepaskanmu sayang tetapi aku tahu ini aturan yang baik buatmu kerana Allah kurniakan kamu pasangan yang baik untuk menyambut lepasan tanganku ke tangannya dan terus membimbingmu ke jalan Allah.

“Mama sentiasa sayangkan love. Semoga berbahagia dan bercinta hingga ke Jannah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya