NAMA pelakon, pengacara dan penyanyi ini sering kali singgah di carta artis kontroversi. Bagaikan tidak lengkap tahun itu andai nama Janna Nick tidak tular di laman sosial. Itu tanda dia punya pengaruh sendiri. Memulakan tahun ini dengan kontroversi ‘perseteruan’ dengan netizen gara-gara ciapannya, Janna dianggap artis bermasalah. Mudah melenting tatkala berdepan dengan kritikan dan kecaman. Namun tiba-tiba sahaja pelakon ini mengangkat bendera putih tanda mengalah. Permohonan maaf secara terbuka di Instagramnya mencetuskan tanda tanya. Mengapa dia tiba-tiba sahaja mengaku kalah? Adakah benar dia sudah dihantuk keinsafan dan disedarkan dengan kekhilafan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya