Ustaz Tarbiah papar realiti perit masyarakat  - Utusan Malaysia

 Ustaz Tarbiah papar realiti perit masyarakat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Memilih memaparkan sisi gelap masyarakat, drama pendek YouTube Ustaz Tarbiah yang kini bersiaran menerusi saluran JICTV sejak beberapa minggu lalu terus mendapat sambutan memberangsangkan.

Tidak sekadar memberi fokus masalah biasa yang dihadapi, ternyata soal perkahwinan yang mungkin dianggap sensitif turut berjaya menyuntik rasa keinsafkan kepada penonton program ini. 

Berkongsi idea disebalik pembikinan drama pendek ini, produsernya, Jaja Ishak menjelaskan 13 episod yang dimuat naik ini bukan kisah dongeng memandangkan ini adalah pengalaman sebenar.

 “Memang banyak sebenarnya kisah rumah tangga yang berlaku dalam masyarakat kita membuatkan pegawai khidmat nasihat terpaksa menyiasat terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Kisah-kisah ini kita kutip dan jadikan sebuah drama episod pendek di YouTube. Setidaknya isu-isu seperti ini boleh menjadi pengajaran kepada semua dalam menghadapi layar rumah tangga,” kata Jaja Ishak yang juga merupakan pencetus idea asal Ustaz Tarbiah.

Walaupun ditayangkan melalui YouTube, kongsi Jaja dia sangat mementingkan kualiti yang dihasilkan. Tidak sekadar menggunakan krew profesional,  Ustaz Tarbiah juga turut menggunakan pelakon seperti Aisar Khaled, Didi Zakir, Hafidz Wolo, Riedzuan Othman dan beberapa bakat dari Pahang memandangkan penggambaran dilakukan seratus peratus di Kuantan.

 “Memang kita beruntung dapat menyumbangkan idea dan kisah sebenar yang menarik untuk memberikan sesuatu yang segar menerusi YouTube. 

“Kita sediakan kandungan percuma dan berkualiti untuk mereka dan sudah tentu ini akan memberikan sesuatu yang pengajaran buat semua,”katanya lagi.

Sementara itu bercakap mengenai Dana Kandungan Digital (DKD Mikro) daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), selaku penerbit akuinya usaha ini dilihat baik dalam merangsang dan merancakkan lagi kandungan digital dengan kandungan yang menarik.

“Dengan adanya dana seperti ini sebenarnya memberikan semangat buat penyedia kandungan untuk terus berkarya di platform berkenaan. Setidaknya mereka bebas memilih isu, pelakon dan pelbagai kelebihan selain menjana pendapatan sendiri,” tambahnya.

Terdahulu Ustaz Tarbiah yang mendapat sentuhan  penulis skrip terkenal MF Kenchana ini sudah boleh ditonton sejak sebulan lalu  melalui  YouTube JICTV pada setiap Jumaat pukul 9 malam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya