‘Tiada penggambaran, tiada pendapatan’ - Haji Zeel - Utusan Malaysia

‘Tiada penggambaran, tiada pendapatan’ – Haji Zeel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit drama popular, Fadzil Teh, mengakui akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan dua minggu lagi, menyebabkan tiga projeknya terbantut.

Fadzil atau lebih mesra disapa dengan panggilan Haji Zeel , dia berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu supaya aktiviti penggambaran dapat dijalankan.

“Buat masa ini kami tak mulakan penggambaran lagi sebab tengah menunggu keputusan daripada pihak kerajaan. Tapi dalam tempoh menunggu ini memang ada tiga projek yang tergendala dan antaranya ialah drama bersiri untuk siaran Awesome TV dan dua telefilem pula untuk RTM dan Astro.

“Jadi, insyaAllah semoga semuanya dipermudahkan sebab pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) ada buat rayuan malah setakat ini, belum ada kita dengar kluster produksi sebab sebelum penggambaran kami semua yang terlibat memang akan buat swab test terlebih dahulu demi menjaga keselamatan masing-masing.

“Oleh itu, saya berharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkan kami bekerja sebab ini sahaja punca pendapatan kami, kalau tak ada penggambaran tiadalah duit,” ujarnya.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid telah menghantar kertas Cadangan SOP Penggambaran Dalam Studio kepada MKN namun belum menerima sebarang maklum balas.

“FINAS amat berharap agar pihak MKN memberikan pertimbangan sewajarnya dengan sekurang-kurangnya membenarkan aktiviti penggambaran yang dijalankan dalam premis tertutup (indoor shoot) dan studio merangkumi drama, telefilem, penstriman, dokumentari dan sitcom tanpa penonton berdasarkan asas-asas pertimbangan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya