‘Sumpah panik!’- Ramona Zamzam - Utusan Malaysia

‘Sumpah panik!’- Ramona Zamzam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Ramona Zamzam, 30, mengakui berasa panik sebaik melihat wajah dan bibirnya bengkak.

“Sumpah memang saya panik pagi itu! Ya Allah saya punya perasaan bila tengok cermin memang terkejut. Dalam gambar tak nampak sangat, tapi depan-depan suami pun terkejut.

“Ceritanya, sebelum bangun dari tidur saya dah dapat rasakan macam ada yang tidak kena, bibir rasa lain dan bengkak di muka. Kemudian macam biasa bangun nak cuci muka dan mandi, tengok cermin mata saya sepet sebelah, hidung kembang, bibir pula pelik!,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Meskipun sudah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran kediamannya, namun Ramona tetap mahu menjalani ujian klinikal alergi untuk mendapatkan kepastian sama ada dia benar-benar mempunyai sebarang bentuk alahan.

“Sebelum kejadian pagi itu, beberapa hari sebelum saya memang kuat makan udang, jadi saya suspek alahan ini mungkin berpunca sebab makan udang yang kerap.

“Seingat saya lebih kurang setahun setengah yang lalu pernah alami juga, tetapi tidaklah seteruk macam baru-baru ini satu badan diserangnya. Walaupun sudah pergi klinik, saya tetap akan pergi ke klinik pakar untuk buat pemeriksaan alahan,” ujarnya.

Terdahulu, perkongsian alahan yang dimuat naik pelakon itu turut ada yang berasa kurang senang. Begitu pun, tujuan Ramona hanyalah untuk kebaikan pengikutnya.

“Masa muat naik gambar saya memang sudah dalam perjalanan ke klinik, namun tak sangka pula ada yang kurang senang, katanya tak perlu minta cadangan dan terus sahaja berjumpa dengan doktor.

“Setiap orang akan ada pengalaman dan alahan sendiri, daripada perkongsian cerita menerusi ruangan komen setidaknya jawapan mereka dapat bantu orang lain yang mungkin melalui macam saya kena. Jadi mereka boleh buka Instagram saya dan rujuk jawapan-jawapan yang ada di situ,” tegas Ramona yang menerima ratusan petua tangani alahan.

Dalam perkembangan penglibatan kerjaya, Ramona kini terlibat dengan penggambaran mega drama bersiri Love, Elsa namun terpaksa dihentikan akibat PKP 2.0.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN