Kilafairy simpan kisah cinta - Utusan Malaysia

Kilafairy simpan kisah cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 KUALA LUMPUR: Tidak berselindung memberitahu dia kini dalam fasa bahagia, penyanyi dan pelakon, Kilafairy mengakui sudah mengenali kekasihnya sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun kongsi Kilafairy, buat masa ini dia lebih senang untuk tidak terlalu terbuka berkongsi kisah cintanya kepada umum.

“Hal begini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula.

“Soal bila akan berlangsung majlis perkahwinan, saya juga tiada jawapan jujurnya buat masa ini  lebih suka ikut keadaan sahaja,”katanya.

Mengakui masih sibuk dengan karier seni, ketika ini Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan juga sedang menunggu waktu yang sesuai untuk melancarkan lagu terbaharunya tidak lama lagi.

“Memang sudah ada. Namun tajuknya belum pasti dan masih dalam perbincangan. Ia diuruskan oleh pengurusan saya iaitu Paranormal Records.

“Setakat ini saya dah mempunyai tiga single dan selebihnya berkolaborasi dengan penyanyi lain,”jelasnya.

Sementara itu, mula mengenakan hijab sejak tahun lalu, ternyata rezeki terus menyebelahinya apabila menjalinkan kerjasama dengan produk kecantikan UFORA.

“Idea ini tercetus apabila pengasas UFORA, Supia Saupi, memperkenalkan Skim Dropship Tanpa Modal. Kami nak ajak orang-orang di luar sana berniaga tanpa modal. Maksudnya mereka boleh berniaga tanpa perlu keluar duit.

“Kami amat menggalakkan penyertaan mereka. Kami memang berhasrat nak membantu. Saya sendiri begitu bersimpati dengan mereka yang hilang kerja atau dipotong gaji.

“Merupakan produk yang bagus saya yakin ini juga akan menjadi pencetus kepada mereka yang mencari ruang untuk memulakan perniagaan,”katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya