KUALA LUMPUR: Selepas lapan tahun mendirikan rumahtangga, pelakon terkenal, Jehan Miskin, 41, meluah rasa gembira apabila akhirnya dikurniakan zuriat pertama yang lahir Sabtu lalu.
Jehan berkongsi verita gembira itu Instagram miliknya dan memilih nama Axel Nova Rhee Jehan untuk cahaya mata sulungnya itu.
“Selamat datang ke dunia anak lelaki ku, Axel Nova Rhee, nama pertamanya. Dilahirkan pada tengah malam hari kesembilan sambutan Tahun Baru Cina diikuti letupan bunga api. Sesungguhnya awak betul-betul luar biasa,” coretnya yang mendirikan rumah tangga bersama Julie Camelia Rhee yang berasal dari Korea.
Rakan-rakan artis dan peminat membanjiri ruang komen Instagram milik Jehan dengan ucapan tahniah buatnya dan isteri.