Janna Nick ambil tindakan undang undang - Utusan Malaysia

Janna Nick ambil tindakan undang undang

janna nick
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sohor kini dua hari berturut-turut, pelakon dan pengacara, Janna Nick bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memfitnah, mengugut dan menyerangnya secara peribadi di media sosial setelah dia dikatakan mencetuskan perbalahan dengan peminat K-Pop.

Janna berkata, laporan polis telah dibuat dan pihak berkuasa sedang menyiasat serta mengenalpasti individu pesalah laku meskipun ada cuba berlindung di sebalik nama dan akaun samaran.

Jelas pengacara itu, pihak berkuasa dan pasukan peguamnya sedang dalam proses menyimpan segala rekod yang diterbitkan di Twitter, Instagram, Facebook dan semua media sosial yang memfitnah, membuat ugut jenayah serta menyebarkan tohmahan dan tanda pagar negatif membabitkan perkara tersebut untuk tindakan undang-undang yang akan mengakibatkan mereka disaman dan dihadapkan ke mahkamah.

“Salah laku mereka adalah suatu kesalahan jenayah yang serius atau telah mengakibatkan kerosakan termasuk menjejaskan reputasi dan nama baik saya dan Janna Nick Studios bukan sahaja di dalam Malaysia bahkan di luar negara.

“Sama ada pesalah laku ini sedar ataupun tanpa sedar, tindakan tidak bertanggungjawab yang mereka lakukan ini sama seperti mengada-adakan sesuatu yang tidak wujud malah diperbesar-besarkan.

“Ini secara langsung mencalarkan imej negara dan kita sendiri secara amnya selaku rakyat Malaysia dalam kalangan pengguna media sosial dan dunia maya global,” kata Janna menerusi satu kenyataan.

Nama pelakon itu sohor kini di media sosial setelah dia didakwa mentertawakan kematian seorang penyanyi K-Pop dalam satu video bersama pelakon, Sharifah Sakinah sekitar tahun 2018.

Malah, dalam video permohonan maaf yang dimuat naik oleh Janna semalam, penggunaan gelaran ‘si mati’ terhadap mendiang Kim Jong-hyun menimbulkan kemarahan peminat penyanyi itu.

Malah, tambah panas apabila warganet mendakwa Janna menghina ahli kumpulan Blackpink, Lisa dengan gelaran Lisa Blackpig yang digunakan sebagai watak dalam telemovienya, Delen.

Kesal dan bengang dengan tindakan pelakon itu, warganet mula membuat ciapan dengan tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty yang sohor kini untuk dua hari berturut-turut.

Dalam pada itu, Janna menegaskan, dia tidak mempersendakan mana-mana individu apatah lagi mempersendakan mendiang Kim Jong-hyun menerusi video tersebut yang kini telah dimuat naik dan disensasikan semula di media sosial ataupun menyamakan Lisa Manoban dengan ‘Lisa Blackpig’ sebagaimana yang ditohmah.

“Penggunaan terma “Si Mati” adalah merujuk kepada seseorang yang telah meninggal dunia dan digunakan secara meluas dalam prosiding di mahkamah sebagai kata ganti diri yang sopan apabila merujuk kepada individu yang telah meninggal dunia tanpa mengira bangsa dan agama.

“Sila rujuk kepada perintah-perintah mahkamah yang dikeluarkan, khususnya melibatkan harta pusaka individu yang telah meninggal dunia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya