Hannah Delisha nikah - Utusan Malaysia

Hannah Delisha nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hannah Delisha menggemparkan industri hiburan apabila memuat naik gambar pernikahannya dengan lelaki piliha, Imam Shah di Instagramnya hari ini.

Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch menerusi kapsyen Instagramnya berkata, penantian lima tahunnya untuk bergelar isteri kepada Imam yang juga seorang pelakon di Singapura menjadi kenyataan.

““Akhirnya selepas lima tahun. Alhamdulillah, saya cintakan awak Imam Emy (disertai tanda pagar) #imampadahannah,” katanya.

Pernikahan itu berlangsung di negara kelahiran dua mempelai itu.

Sementara itu, Imam menerusi Instagramnya juga memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana majlis tersebut berlangsung dengan lancar.

“Ianya sentiasa awak. Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

“Saya cintakan awak, Hannah Delisha,” katanya dalam entri yang memaparkan gambarnya sedang memakaikan cincin ke jari manis Hannah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya