Adibah Noor perlukan kerja - Utusan Malaysia

Adibah Noor perlukan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon terkenal, Adibah Noor meluahkan kebimbangan hilang punca pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilanjutkan sehingga 18 Februari depan.

“Saya perlukan kerja dan terus bekerja kerana ada komitmen yang harus dilunaskan seperti untuk membayar gaji pekerja dan sewa pejabat. Tapi disebabkan PKP 2.0 ini, banyak anjuran program tidak dibenarkan. Kalau aktiviti penggambaran pun dibatalkan apatah lagi majlis-majlis. Sebelum ini ada juga majlis yang diberi kelonggaran dengan mengikut Operasi Prosedur Standard (SOP) tertentu.

“Jadi pada waktu itu, saya rasa seronok dan bersyukur sebab banyak terima tempahan untuk majlis-majlis seperti pelancaran, kahwin dan sebagainya. Hasil sebahagian daripada pendapatan dapatlah disimpan,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Sungguhpun begitu, menurut penyanyi itu, duit simpanan setahun lalu sudah habis digunakan dan tidak mahu mengambil moratorium ataupun pinjaman wang. Namun, Adibah akan tetap terus mencuba walau sesusah mana sekalipun sepanjang tempoh PKP ini.

“Ada yang mencadangkan kepada saya untuk buka saluran YouTube dan tidak dinafikan pendapatannya lumayan. Namun saya akui diri ini tidak kreatif macam orang lain dan bukan aliran yang saya minat.

“Pernah juga sebelum ini saya mencuba dengan perniagaan menjual pakaian plus size, tapi cukup sekadar menampung perbelanjaan harian. Saya mahu lebih kerana ada banyak tanggungjawab lain. Setakat pinjam duit adik beradik dan sahabat ada juga. Tetapi sebelum PKP 2.0 ada kerja bolehlah bayar sikit-sikit, bila keadaan macam sekarang jadi agak buntu,” jelasnya.

Demikian itu, Adibah meluahkan harapannya agar pihak kerajaan memberi lampu hijau supaya dapat meringankan beban.

“Bukan saya seorang sahaja yang bekerja, ini termasuklah penggiat seni yang lain. Tolong bagi kelonggaran untuk kami bekerja. Kebanyakkan daripada kami semua ini freelance, bukan bergaji tetap. Kami bergantung sepenuhnya dengan tawaran kerja,” jelasnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya