Mahu mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah tentang kepentingan cecair pembasmi kuman, pelawak popular Achey dan syarikat pengeluar produk minyak wangi dan cecair pembasmi kuman, SugarBomb Worldwide Sdn. Bhd. menyumbangkan 10,000 botol cecair berkenaan kepada sekolah menengah dan tadika sekitar Lembah Klang. Menurut Achey menerusi program SugarBomb Care For You, dia turut berpeluang bertemu sendiri guru-guru yang kini turut bergelar petugas barisan hadapan dalam membendung penularan Covid-19 dalam kalangan pelajar sekolah. “Saya turun padang bukan hanya kerana sebahagian kerja duta SugarBomb, tetapi inilah peluang saya mendekati dan mendengar luahan hati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya