BILA berlakunya kes curang, memang tidak dinafikan kesalahan akan datang daripada dua belah pihak. Bak kata orang bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Cuma kali ini Kekda agak terkejut sebenarnya mendengar kisah seorang anak pelakon veteran.
Memiliki wajah yang cantik siapa sangka, khabarnya dia memilih menjadi wanita simpanan. Difahamkan keluarganya juga tahu akan perbuatan anak gadis mereka ini.
Namun pada suatu peringkat pelakon veteran ini juga mungkin sudah hilang rasa untuk melarang anaknya. Sebab bukan sekali anaknya itu kantoi,malah sudah berkali-kali.
Lebih parah ketika ini gambar tidak senonoh anak pelakon veteran ini juga sedang tersebar luas. Tidak tahu siapa pengirimnya, tetapi kalau ada yang sudah melihat pasti tidak terlepas memikirkan keadaan keluarganya kelak.
Mungkin ketika bergambar, dia sendiri tidak sedar kesannya. Tetapi bila sudah tular pasti akan memberi impak yang tidak baik.
Kekda cuma berharap si gadis ini cepat-cepat tersedar dengan perbuatannya ini. Walaupun hanya bergelar anak kepada seorang pelakon, tetapi dia perlu ingat bagaimana perbuatan ini akan memberi kesan kepada kerjaya kepada insan yang cukup menyayanginya itu.
Malah, kalau betullah dia kini bergelar perempuan simpanan, nasihat Kekda, fikirlah sebaiknya untuk diri sendiri.
Jangan kerana keseronokan sementara ini, lupa masa depan yang bakal ditempuhi.