SWD kami tunggumu! - Utusan Malaysia

SWD kami tunggumu!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Reviu

KETIKA Spooky Wet Dreams (SWD) mengumumkan untuk berehat pada 20 November lalu, ia mengejutkan ramai peminat. Nasib baik vokalis mereka, Ze tampil mencerahkan bahawa itu hanya rehat yang sementara atau biasa dipanggil hiatus.
SWD mengumumkan akan berehat sehingga album baharu mereka sedia dilancarkan.
Pengumuman tersebut menutup episod album pertama mereka, Koleksi Dendangan Untuk Masa Hadapan (KDUMH).
KDUMH, bagi saya, adalah sebuah adikarya. Ia memberi definisi kepada SWD. Melalui album tersebut, orang kenal SWD sebagai sebuah kugiran rojak yang sangat bebas berkarya.
Mereka tidak terikat kepada genre atau sikap tertentu. Kalau mereka nak marah ahli politik, mereka marah. Kalau nak bermanis-manisan bercerita tentang cinta, mereka cerita.
KDUMH adalah pasembor sempurna air tangan pak cik India yang berniaga di tepi jalan. Tidak mewah macam makanan hotel; ia sederhana tapi rasa campurannya sempurna.
Ada rebel yang keras seperti dalam Elephant In The Room, ada juga rebel nakal seperti Irama Propaganda. Mereka menyampaikan kisah kemanisan hubungan pasangan bercinta melalui Sayang, Tolong Buatkan Abang Teh, kemudian mengajak kita berbincang hal tabu seperti pendidikan seks dengan sangat bersahaja melalui Virgin.
Malah, mereka mengambil alih pula peranan pemuzik folk melalui Sarapan: berkongsi rasa keperitan kaum pekerja yang mengira wang dalam dompet setiap kali tiba hujung bulan tetapi sentiasa ada keinginan untuk makan sedap pada awal bulan.
Sebab itu, KDUMH itu satu adikarya. Ia satu era gemilang buat SWD. Kejayaan mereka merojakkan segala perasaan, bunyi, genre dan sikap dalam satu album bukan mudah untuk dilakukan.
Episod gemilang itu ditutup dengan satu rilisan baharu yang penuh sendu, Tutur Dengan Bulan. Bagi saya, ia penutup episod yang sempurna. Liriknya sangat peribadi dan vokal ikonik Ze memuktamadkan segala rasa rindu peminat kepada karya SWD.
Sebagai peminat SWD, mungkin selepas ini bulan akan sentiasa membangkitkan rasa rindu kepada kugiran itu dan dalam masa sama, membangkitkan keterujaan untuk album baharu mereka kelak.
Seperti baris akhir dalam Tutur Dengan Bulan yang diulang berkali-kali,
SWD, aku tunggumu. – Pancaindera

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya