Shahidan meremang nampak entiti  - Utusan Malaysia

Shahidan meremang nampak entiti 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendatang baharu dunia lakonan, Shahidan Izwan, tidak menduga dia akan mengalami situasi menyeramkan di set penggambaran ketika menjayakan telefilem arahan Osman Ali, Tersimpang Ke Alam Bunian.

 

Membawa watak bernama Lan, Shahidan mengakui berasa amat bangga apabila dipilih menjadi antara teraju utama drama berkenaan yang disiarkan di saluran Astro Citra baru-baru ini.

 

“Saya terkejut apabila diberi peluang mendukung peranan penting, apatah lagi digandingkan dengan dua pelakon berkaliber iaitu Farid Kamil dan Amerul Affendi.

 

“Ibaratnya, berganda-ganda pengalaman manis saya alami sepanjang berlakon dalam drama ini,” ujarnya.

 

Pun begitu, Shahidan turut menempuhi pengalaman yang membuatkan bulu romanya meremang sewaktu melakonkan babak di sebuah tanah perkuburan pada waktu malam.

 

“Babak itu membabitkan watak Lan lakonan saya dan watak roh Emma yang menyarung kostum putih, digalas oleh Hana Ameera.

 

“Pada masa sama, ada kru yang ditugaskan mengambil gambar kami. Setelah meneliti foto yang diambil, ternampak sesuatu yang pelik apabila turut kelihatan satu entiti seolah-olah bayangan kepada watak Emma,” cerita Shahidan berkongsi momen menyeramkannya itu.

 

Tambahnya, foto tersebut sekali gus menyebabkan semua kru Nuansa Film terdiam dan set penggambaran menjadi sunyi sepi buat seketika.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya