DIA tidak bercakap mengenai orang lain. Sebaliknya, apa yang disebut dan dimaksudkan itu adalah semata-mata buat dirinya yang sebelum ini pernah gagal membina hubungan percintaan yang berpanjangan. Bukan soal berapa orang lelaki yang pernah mengisi ruang hatinya, tetapi adakah setiap kali jatuh cinta, dia belajar untuk mengasihani dirinya sendiri. Pernah mengalami depresi hanya kerana cinta, Elizabeth Tan seboleh-bolehnya tidak mahu menoleh ke belakang, mengenang cerita lama. Namun sebagai seorang manusia biasa, penyanyi ini mengaku adakalanya pengalaman lampaulah yang menyuntik kesedaran dan menjadikan siapa dirinya sekarang. “Kalau bukan kerana apa yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya