KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Alif Satar mengesahkan isterinya, Sha Dila Halid dan tiga anaknya kini bebas daripada Covid-19.
Alif yang juga seorang pengacara mengumumkan berita gembira itu menerusi laman Instagramnya.
“Allah makbulkan doa kalian semua. Alhamdulillah, isteri dan anak-anak Alif bebas daripada Covid-19 dan akan terus kuarantin di rumah selama dua minggu.
“Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan Whatsapp. Alif baca dan di sini Alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan -tuan dan puan- puan sekalian.
“Terima kasih di atas segala jasa anda semua terhadap keluarga saya. Alif doakan Allah akan memakbulkan doa yang sama untuk anda dan keluarga,” katanya.
Sebelum ini, selain Alif, ibu, bapa dan adik bongsu artis serba boleh itu juga disahkan positif Covid-19.