Doakan saya istiqamah - Neelofa - Utusan Malaysia

Doakan saya istiqamah – Neelofa

Status instagram story Neelofa timbul tanda tanya.
Status instagram story Neelofa timbul tanda tanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon popular, Neelofa memohon peminat untuk mendoakan dia agar sentiasa istiqamah dalam menempuh perjalanan dan imej baharunya.

Menerusi satu kenyataan, Neelofa berkata, dia juga memohon doa daripada semua pihak supaya hidup baharunya kini sentiasa dalam rahmat dan reda Illahi.

“Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Illahi.

“InsyaAllah, Semoga kita sentiasa dilindungi dan selalu berada dalam rahmat serta ehsan-Nya,” kata usahawan terkemuka itu.

Neelofa, 31, menggemparkan dunia hiburan apabila memuat naik gambar dengan imej berniqab hari ini. Rata-rata peminat mendoakan dan positif dengan perubahan itu.

Pengacara Next To Neelofa itu mula memakai tudung awal tahun 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya