Bubblebee tutup empat cawangan - Utusan Malaysia

Bubblebee tutup empat cawangan

SHUIB Sepahtu dan SIti Sarah semasa pelancaran kafe Bubblebee di Subang Jaya, Jun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR  – Syarikat pengeluaran air minuman, Bubblebee Sdn. Bhd. menutup empat cawangannya serta-merta.

Langkah itu sekali gus menamatkan usahasama dengan rakan perniagaan mereka yang kini dalam siasatan berhubung pengubahan wang haram susulan siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Cawangan yang terlibat adalah yang terletak di Ampang, Senawang, Sentul dan Sungai Buloh.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee, Datuk Ismail Abdul Rahman, penutupan itu juga bagi melancarkan proses pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.

“Kami sedar, kebelakangan ini tular berita mengenai rakan usaha sama kami yang disiasat oleh pihak berkuasa berkenaan kegiatan yang menjejaskan reputasi Bubblebee. Hal ini turut menyebabkan salah seorang ahli lembaga pengarah kami telah dipanggil bagi membantu siasatan.

“Walaupun kes masih dalam siasatan pihak berkuasa, tetapi yang jelas , siasatan ke atas rakan usaha sama ini telah mendatangkan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Bubblebee Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang menghasilkan dan memasarkan produk air boba berasaskan madu lebah.

Ditubuhkan pada hujung tahun 2019, jenama ini juga menghimpunkan beberapa usahawan yang pakar dalam bidang masing-masing termasuklah pasangan selebriti tanah air, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya