LOS ANGELES: Angelina Jolie dengan anaknya Pax, 16, dilihat menghabiskan masa bersama di kota besar minggu ini.
Memetik portal Dailymail, bintang berusia 45 tahun dan anaknya memakai pelitup mulut dan hidung ekoran wabak Covid-19.
Empat tahun lalu Angelina memfailkan cerai ke atas Brad Pitt, 56, tetapi masalah tersebut belum selesai.
“Pasangan itu dalam proses menyelesaikan masalah undang-undang, termasuk mahkamah. Proses tersebut diperlahankan kerana Covid-19.
“Dengan wabak itu, sangat sulit bagi semua orang, termasuk mereka. Mereka terus melakukan kunjungan berkala tetapi belum ada banyak kemajuan dalam menyelesaikan sesuatu,” lapor portal tersebut.
Angelina dan Brad berkongsi enam anak iaitu Maddox, 18, Pax, 16, Zahara, 15, Shiloh, 14, dan kembar Knox dan Vivienne, 11.
Sejak beberapa minggu kebelakangan, Brad dilihat dua kali berada di rumah agam Angelina di Los Feliz yang menandakan komunikasi pasangan itu semakin baik.