Terokai bisnes TV android, dua wanita mahu pasarkan Clix - Utusan Malaysia

Terokai bisnes TV android, dua wanita mahu pasarkan Clix

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Lari daripada tanggapan stereotaip masyarakat, dua usahawan muda, Siti Khadijah Abdul Halid dan Hani Diyana Saripudin, bergabung idea untuk membangunkan perniagaan penstriman kandungan di TV android menerusi jenama Clix.

Menurut Khadijah, ia juga merupakan usaha mereka untuk membuktikan bahawa kaum wanita tidak cuma akan cenderung berniaga produk kecantikan semata-mata sebagaimana yang sudah sedia ada lambakannya.

“Kami sebenarnya mencabar diri kami sebab lambakan produk kurus dan kecantikan, jadi kita beralih ke sesuatu yang luar kotak. Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada yang lain.

Orang ramai tidak boleh keluar, dan segala aktiviti berpusat di rumah jadi di sinilah kami dapat idea. Kami harap semua penghuni rumah akan menggunakan khidmat kami kerana ia paling termurah di pasaran,”katanya.

Selain itu, berkongsi mengenai perniagaan berbentuk teknikal yang diceburi mereka, kata Khadijah, pengguna kini ada pilihan menstrim kandungan di saluran berkenaan kerana Clix tidak menyokong aktiviti penstriman haram.

Katanya, Clix Smart TV datang dengan ciri-ciri khas antaranya adalah Android 9.0, OLED 4K UHS, aplikasi pintar Google-Play Store dan Chromecast.

Clix Smart TV sudah berada di pasaran bermula dari harga RM 849.99 hingga RM 14,488.99 manakala saiz TV bermula dari 42 inci hingga 100 inci.

Pembeli akan menerima Wireless Android Keyboard, Cashback RM 50 dan TV Wall Bracket.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya