KUALA LUMPUR – Samsung Electronics Co., Ltd. memperkenalkan perubahan dalam inovasi peranti boleh lipat dengan dua telefon pintar baharunya, Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G.
Peranti generasi ketiga ini menggabungkan penambahbaikan utama menjadikannya tahan lama serta tampil dengan pengalaman lebih optimum daripada rekaan sebelumnya.
Dari reka bentuk ikonik hingga ke hiburan yang mengasyikkan, Z Flip3 dan Z Fold3 menawarkan pengguna cara baharu yang unik untuk bekerja, menonton dan bermain.
Z Fold3 merupakan pusat kuasa pelbagai tugas dengan prestasi pada tahap lebih baik sesuai buat pengguna yang memerlukan peranti untuk produktiviti dan hiburan.
Paparan Infinity Flex 7.6-inci tanpa gangguan, dan mempunyai sokongan S Pen yang pertama kali buat peranti boleh lipat.
Bagi yang menginginkan peranti penuh gaya serta pelbagai fungsi, Z Flip3 merupakan peranti ideal dengan reka bentuk yang anggun, kompak dan bersaiz poket.
Ia dilengkapi dengan ciri-ciri kamera yang ditambah baik, serta skrin lebih besar yang dibina untuk penggunaan pantas tidak kira di mana sahaja pengguna berada.
Direka untuk tahan lama
Z Fold3 dan Z Flip3 dilengkapi dengan IPX8 menjadikannya kalis air, jadi pengguna tidak perlu risau jika terperangkap dalam hujan.
Kedua-dua peranti ini juga dibina dengan Armor Aluminium baharu yang digunakan pada telefon pintar Galaxy serta Corning® Gorilla® Glass Victus™ bagi melindungi peranti daripada tercalar jika terjatuh.
Selain itu, kedua-dua peranti mempunyai filem pelindung baharu diperbuat daripada PET boleh regang dan lapisan panel paparan yang dioptimumkan menjadikan Skrin Utama 80 peratus tahan lebih lama.
Revolusi Hideaway Hinge yang diperkenalkan pada Galaxy Z Flip juga membolehkan peranti kekal pada kedudukannya di sebarang sudut untuk pengalaman yang inovatif dengan mod Flex.
Dengan teknologi Sweeper yang ditambah baik, bulu di Hinge kini lebih pendek, membantu menangkis habuk dan partikel kecil bagi mengekalkan ketahanan peranti.
Z Fold3 dan Z Flip3 juga menjalani ujian lipatan yang sukar, disahkan oleh Bureau Veritas, untuk menahan lipatan sebanyak 200,000 kali.
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan 5nm AP terbaharu dan keserasian jalur 5G untuk pengalaman terbaik.
Nikmati produktiviti, hiburan terunggul
Z Fold3 mampu membuatkan pengguna tenggelam dalam pengalaman menghiburkan ketika menonton filem pada Paparan Infinity Flex 7.6-inci tanpa gangguan hasil teknologi kamera paparan bawah terbaharu Samsung.
Dengan piksel minimum di atas lubang kamera, Z Fold3 memaparkan kawasan tontonan tambahan selain teknologi paparan Eco² yang memberikan 29 peratus kecerahan dengan menggunakan sedikit tenaga.
Alami juga pengalaman navigasi lebih lancar dan interaksi peranti lebih pantas dengan kadar segar semula adaptif Super Smooth 120Hz pada kedua-dua Skrin Utama dan Penutup.
Pengguna turut dapat memanfaatkan ciri-ciri S Pen yang dioptimumkan sepenuhnya pada skrin boleh lipat Z Fold3, sesuai buat individu yang melakukan pelbagai tugas dan aktif.
Ciri-ciri mod Flexpada Z Fold3 membolehkan pengguna melakukan lebih banyak perkara dalam satu masa contohnya membuat panggilan video pada bahagian atas skrin sambil memeriksa nota mesyuarat di bahagian bawah skrin.
Dengan Multi-Active Window yang diperbaharui, lebih mudah untuk pengguna merancang makan malam melalui teks sambil memeriksa jadual dalam satu skrin besar peranti.
Pengguna boleh mengambil jalan mudah membuka semula aplikasi dengan cara yang sama hasil penambahbaikan App Pair.
Di samping itu, pengguna juga dapat menggunakan Taskbar baharu Z Fold3 untuk menukar aplikasi dengan cepat tanpa perlu kembali ke layar utama.
Mempunyai reka bentuk berkilat, nipis dan ringan, Z Fold3 hadir dalam tiga pilihan warna klasik iaitu Phantom Black, Phantom Green, dan Phantom Silver.
Keseimbangan gaya, fungsi dan keseronokan
Melalui Z Flip3, pengguna dapat mengekspresikan diri dengan pilihan warna terang, reka bentuk yang anggun, dan ciri-ciri premium dengan pilihan empat warna yang bergaya iaitu Krim, Hijau, Lavender, dan Phantom Black.
Bagi mereka yang mencari lebih banyak pilihan untuk disesuaikan dengan gaya tersendiri, Samsung.com membawakan warna eksklusif seperti Kelabu, Merah Jambu, dan Putih.
Skrin Penutup bersaiz empat kali lebih besar menjadikan Z Flip3 lebih mudah untuk memaparkan notifikasi dan mesej tanpa perlu membukanya.
Dilengkapi dengan beberapa ciri kamera terbaharu, pengguna boleh menggunakan gambar swafoto bebas-tangan dengan mod Flex.
Pengguna juga boleh membiarkan peranti tersebut terlipat dan merakam gambar bahkan merakam video dari Skrin Penutup menggunakan Quick Shot dengan hanya dua klik pada kekunci kuasa Z Flip3.
Selain itu, navigasi skrin dan perkongsian juga sangat lancar dengan kadar segar semula adaptif 120 Hz yang baharu pada Z Flip3.
Dengan Pembesar Suara Stereo Z Flip3 dengan Dolby Atmos®, bunyi yang dikeluarkan sangat jelas dengan kedalaman dan kesan spatial yang luar biasa.
Apabila peranti dilipat separuh, Panel Mod Flex menawarkan pengalaman menonton lebih selesa dengan memindahkan video ke separuh bahagian atas skrin dan kawalan pertunjukan seperti kecerahan dan kekuatan suara pada separuh bahagian bawah.
Pengalaman boleh lipat optimum
Samsung memperluas kerjasama dengan syarikat terkemuka seperti Google, Microsoft, dan banyak lagi, agar pengguna dapat menikmati lebih banyak aplikasi yang disesuaikan dengan keperluan unik mereka.
Kerjasama berkesan dengan aplikasi Microsoft Teams yang mana pengguna bakal menikmati pengalaman pertemuan yang dioptimumkan berdasarkan mod Flex siri Galaxy Z.
Untuk produktiviti terbaik di tempat kerja, mod dwi-panel Microsoft Outlook membolehkan pengguna membaca e-mel penuh sambil melihat pratonton yang lain di sisi, seperti pengalaman desktop.
Untuk memberikan pengguna lebih banyak pilihan, ciri Labs baharu Samsung menawarkan pengguna kemampuan mengoptimumkan lebih banyak aplikasi ke skrin boleh dilipat apabila diperlukan.
Galaxy Watch4
Turut ditampilkan Samsung, Galaxy Watch4 dengan Wear OS™ dikuasakan oleh Samsung terbaharu yang dibina bersama Google™ serta dilengkapi One UI Watch.
Dengan Sensor BioActive tiga dalam satu Samsung, Galaxy Watch4 menawarkan reka bentuk lebih kecil dan kompak tanpa mengganggu ketepatan ukuran.
Pengguna dapat mendalami kesihatan dan kecergasan umum mereka, dengan ukuran utama seperti jisim otot rangka, kadar metabolisme asas, peratusan air dan lemak badan.
Pengguna juga dapat mengawal pengalaman mudah alih dengan mudah melalui suara Bixby, bezel dan Kawalan Gerakan.
Galaxy Watch4 juga menampilkan Wear OS, platform yang membolehkan pengguna menggunakan ekosistem yang meluas secara terus daripada pergelangan tangan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy Z Fold3, Galaxy Z Flip3, dan Galaxy Watch4, layari www.samsung.com/my/.