Rangkaian komputer peribadi moden mesra pengguna untuk dimiliki - Utusan Malaysia

Rangkaian komputer peribadi moden mesra pengguna untuk dimiliki

Komputer Peribadi moden dikuasakan dengan sistem operasi Windows 10 dan perisian pemproses Intel terkini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMILIKI komputer peribadi bukan lagi satu kehendak kerana ia kini menjadi keperluan bagi setiap individu untuk melaksanakan tugasan seharian.

Aktiviti pengajian dan pekerjaan yang kini berlaku secara dalam talian menyebabkan setiap individu memerlukan komputer peribadi lengkap tanpa gangguan serta kekurangan.

Oleh itu, pengguna pasti mahu memiliki peranti dengan ciri perisian moden bagi membantu meningkatkan produktiviti kerja, lebih ringan serta mudah dibawa ke mana sahaja tanpa lebihan bebanan pada harga berpatutan.

Ciri terkini kuasa komputer peribadi moden

Dilengkapi dengan ciri moden lengkap dengan perisian terbaru untuk setiap unit, pengguna boleh mempertimbangkan mendapatkan komputer peribadi dengan ciri spesifikasi tanpa keraguan.

Dikuasakan dengan sistem operasi Windows 10 dan perisian pemproses Intel terkini, pengguna boleh memiliki dan memilih peranti dari jenama berbeza tanpa perlu berbelanja lebih.

Ini kerana, pengguna boleh mempertimbangkan faktor bentuk peranti komputer peribadi bersesuaian dengan penggunaan dan keperluan.

Antaranya, bentuk komputer riba semua dalam satu atau dua dalam satu yang hadir dalam dua mod iaitu tablet dan laptop bergantung kepada keperluan pengguna untuk sesuatu masa.

Pengguna boleh menyesuaikan keadaan bekerja dan belajar di mana-mana sahaja dengan bentuk komputer serba boleh serta nipis.

Manakala bagi pengguna dengan beban kerja komputer yang berat, anda disarankan memilih perisian pemproses komputer Intel terkini serta sistem kemas kini lengkap dengan ruangan storan lebih besar.

Pengguna boleh bekerja dengan lebih efektif menggunakan komputer peribadi berkelajuan perisian gred profesional serta aplikasi penting dengan pemproses Generasi Ke-11 Intel®️.

Perincian sistem operasi Windows 10 pada setiap unit komputer peribadi akan menjamin pengalaman mesra pengguna berikutan perisian ini mudah digunakan dan serasi dengan pelbagai peranti serta aplikasi.

Pengguna juga boleh memiliki komputer riba dengan sistem storan peranti sehingga 256GB SSD bagi menjamin prestasi kelajuan boot berbanding sistem storan konvensional.

Kebiasaannya, komputer riba dengan pelbagai fungsi boleh menyebabkan masalah kuasa bateri tidak bertahan lama.

Namun, masalah ini dapat dielakkan dengan menggunakan komputer peribadi moden kerana hayat bateri mampu bertahan sepanjang hari dan melebihi lapan jam sepanjang penggunaan.

Justeru, GLOO menawarkan rangkaian komputer peribadi terkini dari pelbagai jenama seperti Microsoft Surface, Asus, HP, JOI dan jenama lain bermula hanya dari RM1,699 sahaja.

Untuk setiap pembelian komputer peribadi moden, pengguna boleh menikmati hadiah percuma dan bakal menikmati pengalaman menggunakan komputer sepanjang hari dengan lebih sempurna!

Kunjungi kedai dalam talian GLOO untuk maklumat lanjut dan memiliki komputer peribadi moden anda hari ini menerusi : https://www.gloo.com.my/modern-pc.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya