SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa pada awal tahun lalu, permintaan terhadap peranti berteknologi canggih seperti komputer riba meningkat mendadak.
Ia berikutan hampir keseluruhan proses pembelajaran dan pengajaran (PdPR) serta pekerjaan harian terpaksa dilaksana secara dalam talian di rumah.
Bagaimanapun, faktor kewangan mendorong orang ramai memilih komputer riba dengan tawaran harga rendah dan berpatutan.
Tinjauan di beberapa premis perniagaan mendapati komputer riba di bawah harga RM2000 laris dan kebanyakan model berjenama sudah kehabisan stok.
Walaupun komputer riba dengan julat harga seperti ini kebiasaannya hadir dengan spesifikasi sederhana, tetapi ia cukup untuk memenuhi keperluan tugasan harian pengguna dalam norma baharu.
Terkenal dengan pelbagai pilihan peranti berkualiti dan mampu milik, SNS Network tampil menawarkan model baharu JOI®️ Book 155 Pro yang menjadi rebutan ramai.
Cantik dan berkualiti
JOI®️ Book 155 Pro direka tipis dengan ketebalan hanya 13.5 milimeter (mm) dan ringan 1.43 kilogram (kg), membolehkan ia mudah dibawa ke mana saja.
Kemasan luarannya pula diperbuat daripada logam aluminium, menjadikan peranti ini tampak lebih elegan dan menyerlahkan lagi ciri modennya.
Hadir dengan paparan skrin penuh bersaiz 14 inci, beresolusi tinggi 1920 x 1080 piksel, dan menggunakan panel IPS, JOI®️ Book 155 Pro menjanjikan paparan warna terang dan jelas.
Untuk kegunaan biasa seperti pembentangan kertas kerja, kelas dalam talian atau menonton video, sudah tentu hasilnya lebih dari memuaskan.
Prestasi mengagumkan
Dikuasakan pemproses Intel® Celeron® N4120, JOI®️ Book 155 Pro mampu menawarkan kuasa pemprosesan yang efisien untuk kegunaan harian.
Spesifikasi seumpama ini sesuai menampung tugasan asas untuk mengakses internet, pembelajaran dalam talian, kerja pejabat dan banyak lagi.
Bagi meningkatkan pengalaman penggunaan, model JOI®️ Book 155 Pro turut disertakan papan kekunci berlampu, memudahkan pengguna membuat tugasan di malam hari.
Selain itu, rekaan papan kekunci model baharu ini juga sudah ditambah baik, membolehkan pengguna menaip dengan lebih mudah dan selesa.
Pad sesentuhnya juga dilebarkan berbanding model sebelum ini, memberi nilai tambah untuk JOI®️ Book 155 Pro.
Sesuai dengan kelas harganya, JOI®️ Book 155 Pro dilengkapi RAM 4GB DDR, storan 64GB eMMC dan disertakan slot SSD tambahan sehingga 512GB.
Storan sebesar ini cukup untuk memberi kelancaran bagi sebuah komputer riba dengan kegunaan biasa.
Pengguna juga tidak perlu risau kerana JOI®️ Book 155 Pro turut menyokong Wi-Fi Dual Band, berupaya meningkatkan kestabilan dan capaian internet lebih pantas.
Selain itu, ia dilengkapi Windows 10 Pro, menambah lebih ciri keselamatan dan menawarkan pengalaman penggunaan aplikasi terbaik kepada si pemilik.
Untuk sistem pengecasan pula, JOI®️ Book 155 Pro disertakan pengecas Type-C dengan bateri 37 watt.
Secara keseluruhan, walaupun spesifikasinya tampak sederhana, tetapi kualiti dan prestasi komputer riba ini pasti tidak mengecewakan pengguna.
JOI®️ Book 155 Pro kini tersedia di pasaran dengan tawaran harga RM1,699 berserta 256GB SSD tambahan dan beg galas percuma!
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai JOI®️ Book 155 Pro, layari https://www.joi.com.my/JOIBook155Pro.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya menerusi pautan di bawah:
- GLOO – http://bit.ly/3qsPG3H_GLOO
- GLOO Lazada – http://bit.ly/3kYt9LcGLOO_Lazada
- GLOO Shopee – http://bit.ly/3bwHJXdGLOO_Shopee
- JOI®️ Lazada – http://bit.ly/3qBeVkuJOI_Lazada
- JOI®️ Shopee – http://bit.ly/3l1LBmfJOI_Shopee
Kunjungi kaunter GLOO di AEON Multimedia Department terpilih – https://www.joi.com.my/store
Perkhidmatan sokongan (Repair Centre & Collection Point) seluruh negara – https://www.joi.com.my/support
Talian bantuan – https://bit.ly/JOI_Enquiry