PETALING JAYA: Ayuh terbang lebih tinggi dengan HOKA yang memperkenalkan FlyLab di Esplanade, KLCC Park bermula 20 hingga 26 Mei 2024 ini dan pelbagai aktiviti turut disediakan buat pengunjung-pengunjung yang hadir.
FlyLab ialah pusat inovasi dinamik kini bersedia merevolusasikan dunia prestasi aktif dan teknologi, malah bukan sekadar acara.
Ia sebaliknya sambutan inovasi penuh mendebarkan bagi meneroka dunia luar sempadan dengan mempamerkan produk termaju yang memacukan lagi kehebatan Malaysia.
FlyLab juga umpama satu perjalanan penuh mendebarkan melalui nadinya, HOKA dan ia menjanjikan jelajah yang begitu hebat dengan dorongan semangat mengejar kejayaan tanpa henti.
Dalam masa sama, ia juga menjanjikan pengalaman penuh mengujakan anda, menyatukan komuniti dan memberi keseronokkan dengan inovasi yang tidak pernah wujud sebelum ini.
“Kami teruja membawa FlyLab di Kuala Lumpur dengan menyajikan pengalaman yang tiada tandingan sejajar dengan initipati asli HOKA.
“Menerusi pengaktifan inovatif dan pembabitan mendalam, kami berhasrat untuk menyemarakkan kegembiraan serta inspirasi dalam komuniti kami sambil menggalakkan gaya hidup aktif dengan lebih yakin,” kata Ketua Pengawai Eksekutif Edisi REV, Encik Pornsak Chinawongwatana.
Sementara itu, di FlyLab juga menampilkan koleksi terbaru kasut jenama HOKA iaitu Skyward X.
Kasut itu, direka khusus untuk jadual harian yang lebih mudah dan singkat serta melambangkan komitmen HOKA dalam menggabungkan reka bentuk maksima dengan teknologi revolusi suspensi.
Ia turut menampilkan Active Foot FrameTM yang berasaskan PEBA iaitu rangkaian istimewa jenama ini, MetaRockerTM.
Lantaran itu, menerusi gabungan busa yang mewah kasut ini pastinya menawarkan pengalaman yang lebih ringkas tetapi empuk dan selesa buat pelari atau pemakai.
Malah, plat gentian cembung yang inovatif ini akan meningkatkan lagi setiap langkah sekaligus memberikan suspensi tanpa rasa berat tetapi kestabilan lebih dinamik.
Dengan jalinan kerjasama rakan strategik utama antaranya KLCC (Holdings) Sdn Bhd, Suria KLCC, dan Institut Sukan Negara (ISN), HOKA Malaysia telah mencipta pengalaman yang tiada tandingan.
Dalam keterujaan di FlyLab, para pengunjung juga berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk dengan kemunculan selebriti, demonstrasi produk dan pengalaman interaktif serta menyediakan aktiviti senaman serta ‘masterclass’ kesihatan untuk memupuk kesedaran kesihatan mental.
Sertai FlyLab Hoka yang bermula 20-26 Mei 2024 di Esplanade, KLCC Park di mana, kami membawakan perjalanan penuh inovasi, inspirasi dan gaya hidup aktif di FLYLAB.
Layari dunia penuh inovasi di sini: https://flylabkl.dxb.asia/