Retro inspirasi walkman, tamagotchi

Retro inspirasi walkman, tamagotchi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASIH ingatkah keseronokan saat mendengar muzik pada pemain CD dan memelihara haiwan kesayangan tamagotchi anda?

Generasi hari ini mungkin tidak mengenali walkman atau tamagotchi.

Hakikatnya, gajet ikonik tersebut membawa pengaruh besar kepada kehidupan muda-mudi sekitar 80-an dan 90-an.

Di sebalik era kegemilangan peralatan itu yang sudah lama berlalu, memori indah bersamanya kekal tersimpan dalam ingatan.

Keunikan walkman, tamagotchi dan permainan arked memberi inspirasi pereka dalam penghasilan gaya pada musim luruh sejuk 2023.

Gabungan ilustrasi retro pertengahan 80-an dan 90-an dilihat menerusi rangkaian tshirt dan baju panas dinamik keluaran jenama fesyen dari Portugal, Sacoor Blue.

Koleksi Digital Daydream itu ibarat kapsul masa yang membawa kita kembali ke zaman lalu.

Pengurus Sacoor Brothers Kuala Lumpur, Mostafa Wehbe berkata, pakaian-pakaian yang tertumpu kepada budaya permainan itu sekali gus menjadi tanda ingatan kepada gajet ikonik dalam kehidupan golongan X dan milenial.

“Jika anda peminat permainan fizikal atau dalam talian, koleksi ini direka untuk keselesaan sama ada bagi sesi permainan kompetitif atau sekadar bersantai di sofa,” katanya dalam sesi previu bersama media baru-baru ini.

Selain Digital Daydream, ada dua lagi koleksi terbaharu yang diinspirasikan daripada kisah pengembaraan anak muda iaitu Lunch Break dan Homeland.

Preppy imbau zaman persekolahan
Koleksi Lunch Break membawa seseorang mengimbau detik-detik indah persekolahan termasuk kenangan makan bersama rakan-rakan.

Sentuhan gaya ini memberi penghormatan kepada estetika 50-an dengan penggunaan warna-warna terang, cocok buat mereka yang berjiwa muda.

Gaya preppy tambah menarik dengan gabungan unsur-unsur pakaian sukan universiti dan potongan yang diilhamkan oleh akademia.

Dalam dunia yang bergerak pantas, Lunch Break mengingatkan si pemakai untuk berhenti seketika daripada rutin harian dan meluangkan masa bersama rakan-rakan tersayang.

Jaket, baju kait rai pertemuan semula
Homeland meraikan momen gembira bertemu semula dengan insan tersayang dalam suasana mendamaikan menerusi pilihan jaket dan pakaian berkait yang selesa.

Koleksi ini menampilkan cetakan botani rustic, bunga-bunga yang menyegarkan dan corak foklor dalam warna-warna ceria.

Setiap rekaan mendorong anda lari daripada tekanan kehidupan seharian bagi menikmati aktiviti luar sekali gus menyuntik inspirasi gaya hidup nomad dan mendekatkan diri dengan alam semula jadi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya