Soalan
Seorang yang susah memaksa dan mendesak orang lain membantunya dan bila sudah dibantu beberapa kali pun masih mendesak terus ditolong sehinggakan kita yang mulanya simpati sudah rasa tidak selesa dengan orang sebegini. Apa pandangan Islam tentang perkara sebegini?
Hamdan Yahya
Sungai Buloh
Jawapan
Memaksa orang membantu ketika kita sedang susah, tidak baik sebenarnya melainkan dalam keadaan darurat yang membawa kepada kematian atau kemudaratan untuk diri sendiri dan keluarga maka boleh meminta makanan secara paksaan kerana keadaan itu wajib minta sedekah. Namun dalam keadaan susah semata maka tidak boleh memaksa orang memberi sedekah kepadanya. Dia harus berusaha mencari rezeki.
Tindakan undang-undang tak mahu beri nafkah
Soalan
Ustaz, bagaimana untuk menasihatkan suami agar tidak mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah. Sudahlah nafkah zahir pun berkira-kira hendak beri. Nafkah batin pun ikut suka hendak beri kalau ada kelapangan.
Zulaikha Abidin
Putrajaya
Jawapan
Perkara ini perlu dibincangkan dengan baik agar dia dapat melaksanakan kewajipannya. Sekiranya si isteri tidak mampu bersabar dia boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas suaminya agar menunaikan kewajipannya dan segala nafkah tertanggguh adalah hutang ke atas suaminya.
Solat taubat di malam hari
Soalan
Solat sunat taubat dikatakan boleh dilakukan bila-bila masa. Sebaiknya dilakukan waktu bila? Bolehkah dilakukan semasa waktu Asar?
Khairul Anuar
Permas Jaya
Jawapan
Solat sunat taubat boleh dilakukan bila-bila masa sahaja melainkan pada waktu haram solat sunat. Yang paling terbaik ia dilakukan di waktu malam kerana malam ini banyak fadilatnya.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]