Soalan
1. Apakah hukumnya memasang pelita di halaman rumah pada 10 malam terakhir Ramadan?
2. Bolehkah zakat fitrah itu kita bayar terus pada asnaf?
Zaid Hisham
Perak
Jawapan
1. Hukum memasang pelita di halaman adalah harus. Tiada masalah selagi tidak berniat untuk meniru syiar agama lain. Hanyalah semata-mata untuk menceriakan keadaan adalah harus.
2. Hukum memberi zakat fitrah secara langsung kepada asnaf adalah sah namun memberi kepada kerajaan adalah lebih afdal apatah setiap negeri terdapat lembaga zakat sendiri untuk menguruskan pengagihan zakat ini.