KUALA LUMPUR : Usahawan selebriti kontroversi, Datuk Seri Vida (DSV) mendakwa, punca pelanggan tidak lagi berkunjung ke kedai perniagaan anaknya, Cik B, yang terletak di Ipoh, Perak adalah kerana perbuatan sihir.
Dakwaan itu dibuat oleh DSV menerusi satu hantaran yang dibuat di Youtube semalam selain meluahkan rasa kecewa dengan situasi tersebut.
Membandingkan kehangatan sambutan sewaktu kedai Cik B yang menjual makanan dan minuman tular dan trendy itu mula dibuka dahulu, DSV berasa hairan kini kedai anaknya itu sunyi sepi tanpa kehadiran pelanggan.
“Kedai Cik B sebelum ini sangat popular.Orang datang dekat Jelapang tapi mereka kata kedai ini ada terkena sihir. Saya tak percaya masa itu. Bayangkanlah, ada yang beritahu, mereka datang sini tapi nampak kedai tutup sedangkan saya memang buka.
“Ada juga yang beritahu kata tak nampak kedai saya,”katanya.
Selain itu, dakwa DSV, beberapa batang pokok pisang yang terletak di persekitaran kedai Cik B juga dikatakan telah disihir dan dletakkan benda berkaitan sihir oleh individu tidak bertanggungjawab atas tujuan tersebut.
Berikutan itu kata DSV, dia telah mengambil inisiatif untuk menebang pokok-pokok tersebut.
“Saya ada pergi berubat (secara alternatif), dan didapati ada yang letak benda sihir tersebut di pokok pisang itu. Jadi saya tebang pokok-pokok itu bagi buang sial. Siapa yan dajalkan aku, nk buang sial. Aku tebang dan cantas pokok pisang ini!” katanya.
Dalam pada itu, DSV mendakwa, dia sudah mengetahui siapakah individu yang melakukan perkara terkutuk itu terhadapnya namun enggan mendedahkan siapakah dirinya bagi menjaga aib.
“Inilah yang dikatakan Melayu sama Melayu dengki. Ini bukan masalah dengki atau apa tahu. Tapi dia nak tengok saya jatuh. Biarlah walaupun saya tahu siapa dia, tapi tak akan cakap.
“Satu lagi, ini bukan bahan kandungan media sosial ya. Saya nak beritahu kedai saya jadi sendu sebab orang datang tapi tak nampak,”katanya.