JBPM pertingkat rondaan di kawasan berisiko kemalangan - Utusan Malaysia

JBPM pertingkat rondaan di kawasan berisiko kemalangan

MOHAMMAD Hamdan Wahid (lima kiri) menunjukkan baju rasmi Bomba Fighters Malaysia Virtual Run 2021 di Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melancarkan kempen program kesedaran sempena Aidilfitri yang antara lain membabitkan rondaan di beberapa kawasan berisiko tinggi kemalangan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kempen itu diadakan seminggu sebelum dan seminggu selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Kempen ini meliputi rondaan di lokasi berisiko tinggi, kawasan berpotensi kes lemas dan pemeriksaan bangunan berisiko tinggi yang akan diambil perhatian serta tindakan lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis soft launch International Fire Conference & Exhibition Malaysia (FCEM) 2021 dan Bomba Fighters Malaysia Virtual Run di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamad Hamdan mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada setiap masa khususnya menjelang musim perayaan yang disambut dalam pandemik ketika ini.

Menurutnya lagi, ketika musim perayaan banyak aktiviti memasak dilakukan di rumah selain jualan secara dalam talian yang kini menjadi pilihan peniaga dan pembeli.

“Jangan leka di dapur serta pastikan aspek keselamatan penggunaan gas, elektrik dan bahan bakar diberikan perhatian tinggi.

“Begitu juga pergerakan anak-anak serta aktiviti riadah di luar semasa musim perayaan ini terutama di kawasan rekreasi,” jelasnya.

Beliau berkata, seperti tahun sebelum ini, pihaknya masih mengekalkan jumlah 80 peratus bekerja dan hanya 20 peratus yang dibenarkan bercuti sempena sambutan Aidilfitri kali ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya