Denda RM7.7 juta jika tanam pokok guarana dari Brazil

Denda RM7.7 juta jika tanam pokok guarana dari Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mana-mana jabatan atau agensi kerajaan selain syarikat atau individu dilarang keras menanam pokok guarana dari Brazil sama ada dibiakkan sendiri atau dikomersialkan.

Amaran keras itu dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian kerana pengeksportan buah tersebut hanya dibenarkan bagi tujuan pemprosesan produk dan makanan manusia sahaja.

“Jika disabitkan kesalahan kerana membiak daripada biji benih yang dibawa masuk secara tidak sah, pelaku boleh dikenakan tindakan amaran,” kata kenyataan jabatan itu di sini hari ini.

Tanaman terbabit ujarnya, boleh disita manakala pelakunya dihukum penalti sehingga 10 juta real (kira-kira RM7.7 juta) kerana larangan itu termaktub di bawah undang-undang Brazil.

Agensi itu berkata, ia telah dimaklumkan oleh Kementerian Bekalan Makanan dan Ternakan Pertanian Brazil menerusi surat bertarikh 8 Januari 2020 lalu mengenai isu pengharaman ini.

Guarana atau nama saintifiknya, Paullinia cupana, merupakan tumbuhan asli yang boleh didapati Lembah Amazon, Brazil dengan kelaziman bijinya diproses menjadi minuman kopi.

Mengulas lanjut, Jabatan Pertanian Malaysia berkata, pengimportan tumbuhan dari negara berisiko tinggi Amerika Latin yang terdapat kulat jenis Microcyclus ulei adalah dilarang keras.

“Ia berdasarkan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 merujuk perihal tumbuhan endemik penyakit South American Leaf Blight (SALB),” katanya.

Kemasukan tumbuhan tersebut yang merupakan pokok herba semula jadi di Amazon adalah berisiko kepada tanaman berbunga daripada baka Hevea kecuali bagi tujuan penyelidikan.

Lembah berkenaan merupakan kawasan penanaman getah yang pernah berlaku serangan kes penyakit hawar daun amat tinggi akibat spora SALB yang menjangkiti pokok tersebut.

Insiden ini turut mengakibatkan proses pertumbuhan tanaman getah menjadi terbantut dan ramai petani di Brazil sendiri tidak dapat mengeluarkan hasil yang produktif ekoran isu itu.

Justeru ujar jabatan tersebut, boleh melumpuhkan industri getah negara yang bernilai lebih RM18 bilion setahun kerana rekod penyakit SALB pernah melumpuhkan sektor itu di Brazil.

“Berikutan larangan pengimportan guarana bagi tujuan penanaman, jabatan ini melarang usahawan atau petani untuk melaksanakan projek pengkomersialan tanaman itu,” tegasnya.

Bahkan, selain impak negatif kepada industri getah, sumber benih guarana dibawa masuk ke Malaysia secara haram untuk dikomersialkan adalah tidak sah dari segi perundangan negara.

Penanaman guarana di Malaysia juga berisiko membawa penyakit baharu lain antaranya Colletotrichum guaranicola yang dilaporkan hanya menyerang spesies tumbuhan tersebut.

Malangnya, maklumat mengenai penyakit ini adalah terhad dan kemungkinan besar akan menyukarkan kawalan dilakukan sekiranya serangan dikesan tiba-tiba berlaku di negara ini.

Selain itu, biji guarana yang matang sebenarnya perlu diproses sebelum ekstraknya dapat digunakan bagi tujuan komersial industri hiliran terutama produk serbuk minuman segera.- UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya