Lelaki 'layan khayal' atas jambatan - Utusan Malaysia

Lelaki ‘layan khayal’ atas jambatan

Pasukan bomba membantu menurunkan lelaki yang memanjat jambatan Beaufort pagi tadi.-IHSAN Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT: Aksi berani seorang lelaki memanjat jambatan setinggi kira-kira enam meter dekat sini menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut.

Dalam kejadian pada pukul 10.40 pagi itu, lelaki berusia 20-an itu dipercayai sedang khayal selepas menghidu gam lalu bertindak berani dan memanjat besi jambatan.

Menyedari keadaan itu, orang awam dan anggota polis yang menyaksikan kejadian meminta bantuan daripada pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Beaufort untuk menyelamatkan lelaki tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai seorang individu tersangkut di jambatan Beaufort pada pukul 10.44 pagi dan sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati seorang lelaki terperangkap di atas jambatan dan anggota bomba kemudian bertindak menyelamatkan dan menurunkan mangsa menggunakan tangga.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, kejadian itu disedari oleh pasukan pemantau terlihat aksi lelaki berkenaan yang membahayakan diri dan kemudian meminta lelaki berkenaan turun namun, tidak diendahkan.

“Anggota kita terpaksa meminta bantuan bomba untuk membawa lelaki tersebut turun. Pemeriksaan terhadap lelaki tersebut menemukan plastik dan tin gam pada beg sandangnya.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 23 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ),” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya