JAS Terengganu anjur kempen e-waste secara pandu lalu Ahad ini - Utusan Malaysia

JAS Terengganu anjur kempen e-waste secara pandu lalu Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri mengajak orang ramai yang mempunyai barangan elektrik dan elektronik rosak atau hendak dibuang menyertai kempen pengumpulan bahan tersebut secara pandu lalu.

JAS dalam satu kenyataan memaklumkan, kempen berkenaan akan diadakan pada 30 Mei ini di pejabatnya di Wisma Alam Sekitar di Jalan Sultan Omar di sini bermula dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Katanya, kaedah pandu lalu itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Barangan yang boleh dihantar termasuk peralatan komputer, pencetak, telefon, bateri, pengecas mudah alih, radio, seterika, televisyen (TV), penyaman udara, peti sejuk, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan lain-lain.

“JAS amat menghargai kerjasama dan sokongan orang ramai yang membawa dan menyerahkan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) secara sukarela,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan JAS, jika e-waste tidak diuruskan dengan baik, barangan berkenaan boleh membahayakan alam sekitar dan kesihatan manusia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya