33 rumah musnah dalam kebakaran di Tanjung Aru - Utusan Malaysia

33 rumah musnah dalam kebakaran di Tanjung Aru

KEBAKARAN yang memusnahkan 33 buah rumah di perkampungan atas air Kampung Tanjung Aru, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sebanyak 33 buah rumah musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru, di sini awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri menerima panggilan kecemasan pukul 1 pagi mengenai kejadian kebakaran di perkampungan atas air berhampiran Masjid Al Kauthar, KampungTanjung Aru.

Operasi diketuai Pegawai Penguasa Bomba, Mohammad Hannis Mokthar itu disertai 24 anggota dengan kekuatan logistik dua buah jentera kecemasan Fire Rescue Tender (FRT), sebuah jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS), sebuah tanker, tiga unit Rapid Initervention Motorcycle (RIM), dua buah kenderaan utiliti.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu itu turut dibantu oleh pasukan BBP Lintas dan BBP Penampang dalam operasi pemadaman kebakaran tersebut.

Mohammad Hannis berkata, kebakaran melibatkan rumah perkampungan atas air dengan anggaran 33 buah rumah jenis tidak kekal mengalami kemusnahan 100 peratus.

Menurutnya, pasukan bomba mengalami kesukaran membuat pemadaman disebabkan tekanan air pili bomba yang rendah.

“Operasi terkawal pada 2 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pukul 4.30 pagi,” katanya.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya