Tembikai laris ketika cuaca panas

Tembikai laris ketika cuaca panas

TOH Soon Heng menunjukkan tembikai gred A yang dipetik dari kebunnya di Tehel, Jasin, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Permintaan tembikai di sebuah kebun di Tehel di sini meningkat 20 peratus berikutan cuaca panas yang melanda negara sejak hujung Mac lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengusaha tembikai, Toh Soon Heng, 53, berkata, tembikai menjadi pilihan orang ramai untuk menghilangkan dahaga kerana isinya yang berjus.

Katanya, permintaan tembikai pada Mac dan April sangat menggalakkan kerana menjadi ‘buruan’ peniaga bazar Ramadan untuk dijual sebagai air balang.

“Selain itu, buah ini juga sesuai dijadikan pencuci mulut sebelum atau selepas berbuka puasa. Walaupun Ramadan sudah berlalu, tembikai masih dicari untuk melengkapkan menu rumah terbuka.

“Permintaan luar biasa ketika itu mendorong harga belian terus dari kebun sebiji tembikai melonjak sehingga RM3 sekilogram. Bagaimanapun, harganya kembali turun kepada RM2 sekilogram kerana tembikai semakin banyak di pasaran.

“Tembikai merah menjadi pilihan pelanggan berbanding tembikai kuning kerana isinya tidak mempunyai biji,” katanya ketika ditemui di kebunnya di Tehel di sini.

TOH Soon Heng menunjukkan tembikai gred A yang dipetik dari kebunnya di Tehel, Jasin, Melaka. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

Tambah Soon Heng, walaupun permintaan domestik tinggi, dia masih mampu memenuhi keperluan pelanggan di sekitar Kuala Lumpur dan Johor.

Menurut anak jati Selandar itu, dia menuai hasil antara 60 hingga 70 tan tembikai pada setiap kali musim penanaman.

“Proses menggembur tanah, meletak baja organik sehingga memetik buah tembikai yang telah matang mengambil masa empat bulan. Saya menanam tiga kali setahun tetapi hasil tuaian di kebun seluas 4.5 hektar ini sudah cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Kuala Lumpur merupakan pasaran terbesar saya diikuti Johor dan Melaka. Pelanggan yang membeli tembikai dari kebun ini turut mengeksport ke luar negara,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya