Bantu bayar saman bergantung kepada keredaan penderma

Bantu bayar saman bergantung kepada keredaan penderma

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bantu bayar saman bergantung kepada keredaan penderma

Soalan
Perbuatan fitnah memfitnah kian menjadi-jadi sekarang. Seseorang yang disabitkan kesalahan kerana memfitnah oleh mahkamah kena bayar saman sekian banyak. Bolehkah kita turut menderma untuk bayar saman kepada orang yang kena saman fitnah itu sedangkan kita tahu memfitnah itu berdosa besar dan apakah kita dikira bersubahat dalam hal ini?

-Pencinta damai,
Kuala Selangor, Selangor

JAWAPAN
Menfitnah orang adalah termasuk di dalam dosa besar kerana ia boleh menjatuhkan imej dan maruah seseorang termasuk di dalam darurat yang wajjb dijaga.
Ada pun membayar saman itu bergantung kepada keredaan seseorang menderma untuk meringankan beban membayar denda tetapi bukanlah derma fisabilillah. Dan orang yang dibantu itu wajib jangan mengulangimya lagi. Namun saya sarankan janganlah mencanang membantu orang salah secara umum agar tidak berlaku salah faham.

Harus beri ucapan kepada perayaan bukan Islam

Soalan
Adakah saya boleh mengucapkan sesuatu kepada keluarga atau individu berkaitan perayaan mana-mana agama. Apa hukum kedudukannya di sisi Islam?

Kuzaifah
Tanjung Malim

JAWAPAN
Mengucapkan tahniah kepada perayaan bukan Islam dalam keadaan tidak ucapan berbentuk kufur adalah diharuskan. Namun untuk menyambut perayaan mereka adalah terlarang apatah lagi memakai pakaian agama mereka.

Qada solat Subuh

Soalan
Sekiranya saya tertinggal solat Subuh bagaimana hukumnya dan kedudukan empat solat fardu lain? Adakah dikira lengkap solat fardu lima waktu saya sepanjang hari tersebut?
Salim
Melaka

JAWAPAN
Sekiranya tertinggal solat subuh wajib anda menqadanya tanpa menjejaskan baki solat lain. Banyakkan bertaubat, bersedekah dan solat sunat yang lain.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya