Solat Jamak dan Qasar

Solat Jamak dan Qasar

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Solat Jamak dan Qasar

Soalan
Setakat mana dibolehkan Jamak dan Qasar atau Jamak sahaja semasa bermusafir minta penjelasan ustaz.

Sering bermusafir
Gombak

Jawapan
Jamak adalah rukhsoh yang diizinkan menggabung antara dua waktu solat seperti Zuhur dan Asar atau sebaliknya. Jamak diharuskan sebab musafir lebih daripada dua marhalah lebih kurang 80 kilometer ke atas. Jamak juga diharuskan kepada orang yang sakit teruk. Ada pun Qasar hanya boleh berlaku kepada golongan yang bermusafir lebih dua marhalah sahaja. Ia berlaku kepada solat yang mempunyai empat rakaat sahaja.

 

Belajar feqah sebelum tasawuf

Soalan
Apakah benar kita perlu perteguhkan ilmu feqah dulu sebelum belajar tasawuf?

Karim
Gua Musang

Jawapan
Ya benar. Belajarlah feqah dahulu sebelum mempelajari tasawuf secara mendalam. Adapun asas asas tasawuf tidak mengapa belajar bersama dengan feqah.

Sukar cari arah kiblat

Soalan
Sekiranya di satu satu kawasan sukar menentukan arah kiblat sedangkan waktu solat sudah hampir habis. Apakah kita boleh teruskan solat? Apa hukumnya?

Murni
Bangi

Jawapan
Sekiranya dalam keadaan sedemikian, jika orang itu boleh berijtihad mencari kiblat maka dia boleh berijtihad mencari kiblat dan solatnya sah dengan ijtihadnya. Namun sekiranya dia bukan ahli ijtihad maka dia boleh menggunakan peralatan moden untuk mencari arah kiblat.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada  [email protected]

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya