Hati baik tapi mulut celupar
Soalan
Ada orang berkata, dia tetap baik meskipun mulutnya sering bercakap kasar dan tidak elok tetapi hatinya baik. Adakah ini dibenarkan agama sedangkan ada nas mengatakan, tidak akan lurus lidah seseorang itu selagi hatinya tidak lurus.
Karim
Pendang Kedah
JAWAPAN
Betul, ramai yang mendakwa sedemikian, namun mulut yang jahat tetap ada dosa dan balasannya. Maka wajib kita membersihkan lidah dan hati kita daripada menyakiti hati sesiapa. Kedua-duanya mempunyai tanggungjawab.
Taubat nasuha
Soalan
Boleh ustaz terangkan maksud taubat dan syarat syaratnya dan apakah taubat nasuha.
Halimah
Kajang Selangor
JAWAPAN
Taubat adalah peninggalan terhadap maksiat yang dilakukan serta keazaman tidak mengulanginya semula. Syarat-syaratnya adalah meninggalkan maksiat, menyesal atas perbuatan maksiat dan berazam untuk tidak mengulangi semula. Sekiranya terdapat kesalahan dengan manusia, wajib memohon keampunan dengan mereka atau membayar ganti rugi sekiranya berkenaan dengan harta dan hutang.
Kes cerai menjadi-jadi
Soalan
Sejak akhir akhir ini kes artis bercerai menjadi-jadi. Adakah ini petanda akhir zaman atau ada yang tidak kena dengan hubungan rumah tangga yang perlu dibaiki? Apa nasihat ustaz bagi mengelakkan perceraian?
Musalmah
Ingin tahu
Temerloh
JAWAPAN
Perceraian adalah satu rawatan kepada mereka yang tidak mampu melaksanakan hukum dalam keluarga. Namun penceraian tanpa sebab syarie itu patut dielakkan kerana memberi kesan yang buruk kepada anak-anak. Maka bersabar dan berfikir panjang apabila hendak bercerai.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]