MANUSIA memerlukan dakwah Islamiah dan menjadi tanggungjawab pendakwah untuk memenuhi hasrat manusia lain. Pendakwah merupakan pembimbing kepada kebaikan, membantu manusia menuju jalan Allah SWT dan mengkhabarkan kepada manusia tentang keesaan dan keagungan Allah SWT dalam menciptakan makhlukNya. Pendakwah turut menyeru manusia lain ke agama diredai Allah SWT iaitu Islam. Minoriti seperti mualaf memerlukan pemantapan akidah Islamiah, menghasratkan prinsip hidup Islam, ingin mendalami syariat Allah SWT dan ingin mengenal pasti sistem sosial Islam yang dikatakan dapat memberikan perlindungan kepada setiap umatnya dan memberi kehormatan serta kemuliaan kepada manusia, selain mendatangkan kedamaian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya