Bila sesuai baca al-Fatihah dalam solat berjamaah

Bila sesuai baca al-Fatihah dalam solat berjamaah

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bila sesuai baca al-Fatihah dalam solat berjamaah

Soalan
Baru-baru ini heboh dalam media sosial mengenai bacaan surah al-Fatihah dalam solat berjamaah. Soalan saya, bila masanya sesuai makmum baca al-fatihah?
Soalan kedua, adakah kita tidak diwajibkan baca surah dalam solat? Mohon ustaz perjelaskan kedua-dua persoalan ini.

-Soprano
Kajang

Jawapan
Seelok-eloknya membaca al-Fatihah selepas selesai imam membaca al-Fatihah pada bacaan kuat. Sebahagian ulama Syafie menggalakkan imam berdiam seketika untuk memberi peluang makmum membaca al-Fatihah. Ketika berdiam imam boleh membaca doa mengikut sebahagian ulama. Adapun solat berjamaah ketika bacaan imam perlahan maka tidak salah membaca al-fatihah sama dengan imam.

 

Hiburan dalam Islam

Soalan
Apa hukumnya terlibat dalam industri hiburan dalam Islam.? Apakah Islam tidak membenarkan langsung umatnya berhibur,? Kalau boleh hiburan macam mana? Saya terbaca kisah Rasulullah yang menegur Saidinia Abu Bakar kerana memarahi anaknya yang juga isteri Rasulullah berhibur.

Peminat seni
Fatihah

Jawapan
Berhibur sebahagian juzuk dalam kehidupan seorang Muslim untuk merehatkan minda dan jasadnya. Namun hiburan adalah seperti garam tidak boleh terlampau banyak kerana boleh mengabaikan tugasan lain dan syarat hiburan adalah tidak ada unsur lucah atau maksiat dan seumpamanya.

 

Hanya satu masuk syurga?

Soalan
Saya pernah terbaca hanya ada 73 golongan yang masuk syurga. Apa maksud kenyataan itu dan siapakah sebenarnya golongan yang masuk syurga ini?

Syeikh Tamimi
Alor Star

Jawapan
Hadis itu tidak kuat untuk dijadikan hujah. Namun jika kita anggap ia kuat maka, 72 golongan umat Nabi yang belum masuk Islam yang dipanggil umat dakwah. Ada perselisihan bahawa umat Islam dalam satu golongan seperti perbezaan mazhab dan aliran ia tidak memudaratkan. Insya-Allah.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada  [email protected]

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya