Didik anak amalkan ajaran agama
Soalan
Salam ustaz, Islam menggalakkan anak menunaikan sembahyang seawal umur tujuh tahun. Tetapi apakah perlu dilakukan jika umur sudah capai 10 tahun masih degil mengerjakan sembahyang?
Mira
Bongawan Sabah
JAWAPAN
Secara asasnya kita perlu menunjukkan contoh dengan menunai solat dengan mereka turut membawa mereka ke masjid. Janganlah sesekali memukul mereka kerana mereka masih kecil. Sekiranya perlu cukuplah dengan jentikan manja bukan mencederakan mereka. Bersabarlah dalam mendidik mereka.
Fadilat kerap baca
al-Quran
Soalan
Apakah fadilat seseorang Muslim digalakkan baca al-Quran sedangkan dia tidak begitu pandai membaca kitab suci itu? Adakah dia berdosa jika tidak membaca mengikut hukum?
Insan ingin tahu
Petaling Jaya
JAWAPAN
Fadillat mempelajari al-Quran sangatlah besar. Dalam hadis yang sahih: “ Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya.” Bagi mereka yang tidak pandai maka teruskanlah belajar walaupun tersalah bacaan, ia di maafkan kerana masih dalam pembelajaran bukan niat untuk baca dengan salah.
Haji mabrur
Soalan
Apakah petanda seorang balik Mekah itu memperoleh haji mabrur? Berikan ciri-cirinya.
JAWAPAN
Tanda-tanda haji mabrur adalah seseorang dapat menjadi lebih baik daripada sebelum keadaannya pergi ke haji. Lebih tenang dengan ibadat, boleh memaafkan orang dan sentiasa bersemangat melakukan kebaikan dan beribadat.
Sulaiman
Kajang
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]