Berpuasa 9 Muharam

Berpuasa 9 Muharam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Berpuasa 9 Muharam

Soalan
Salam ustaz, saya ingin bertanya apakah antara fadilah berpuasa pada 9 Muharam. Mengapa amalan berpuasa hari tersebut ditekankan dalam Islam dan dikehendaki dilaksanakan dalam dua hari berturut-turut?

Rahimi
Nilai

Jawapan
Sabit di dalam hadis puasa Tasua dan Asyura daripada Baginda Nabi kita berpuasa pada hari ke 10 menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan hikmah berpuasa 9 dengan 10 untuk membezakan dengan gaya Yahudi yang hanya berpuasa hari 10 sahaja.

Aurat ipar duai

Soalan
Apakah had aurat pada mahramnya? Adakah ipar duai dan bapa mentua mewajibkan seorang wanita menutup aurat di hadapan mereka? Saya serba salah sebab ramai lelaki duduk sebumbung dengan keluarga saya.

Milah, Ingin tahu

Jawapan
Had aurat dengan mahram adalah kawasan yang tidak begitu menggiurkan mengikut setengah ulama seperti rambut, lengan dan seumpamanya.

Bagaimanapun, janganlah berpakaian seksi di hadapan mahram kerana dibimbangi menaikkan syahwat. Adapun ipar duai auratnya adalah aurat dengan ajnabi iaitu seluruh tubuhnya adalah aurat melainkan muka dan kedua tapak tangan.

Tersentuh bulu anjing dengan tangan kering

Soalan
Benarkah tersentuh dengan bulu anjing yang kering tidak perlu samak kerana ada pendapat mengatakan jika tangan atau bulu badan anjing yang kering maka tidak perlu disamak. Mohon penjelasan.

Ramle
Puchong

Jawapan
Sekiranya tangan dan bulu anjing kering ia tidak memerlukan sertu kerana tidak berlaku pemindahan najis. Insya-Allah.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya