Keutamaan alam hibah
Soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan hibah dalam Islam. Mengikut hukum Islam siapakah yang diberi keutamaan dalam pemberian hibah sama ada pasangan atau adik beradik. Apakah harta yang boleh dibuat hibah.
Ingin tahu
Serdang Kedah
JAWAPAN
Hibah adalah pemberian kepada seseorang tanpa ada sebarang pembayaran. Ia mengikut keutamaan, keperluan dan kepentingan.
Solat Asar semasa masuk waktu Maghrib
Soalan
Saya menunaikan solat waktu Asar agak lewat disebabkan terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Bagaimanapun sebaik sahaja menunaikan Asar, azan Maghrib kedengaran. Apakah saya perlu menunaikan Asar sekali lagi?
Sulaiman
Beruas Perak
JAWAPAN
Sekiranya anda melakukan solat Asar kemudian terdengar azan maka sekiranya sudah sempurna satu rakaat maka solat anda menjadi tunai. Sekiranya tidak cukup satu rakaat maka ia menjadi qada. Tidak perlu berhenti solat teruskan sahaja solat itu.
Haram solat waktu syuruk
Soalan
Kenapakah kita tidak dibenarkan solat ketika waktu syuruk. Benarkah ada pendapat mengatakan kita diharamkan solat waktu itu kerana matahari sedang naik dan syaitan sedang menyembah matahari?
Faizal
Kuala Lumpur
JAWAPAN
Kita dilarang solat sunat waktu tersebut kerana ia bersifat taabudi untuk mentaati arahan Nabi dan solat wajib boleh sahaja dilakukan walaupun berada pada waktu tahrim.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada
Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]