Soalan
Salam ustaz, benarkah daging korban tidak boleh dimakan oleh mereka yang membuat korban? Kenapa boleh dan kenapa tidak boleh?
Jawapan
Daging boleh dimakan oleh orang yang melakukan korban itu namun untuk mengesahkan korban, dia wajib sedekahkan sebahagian kecil kepada fuqara yang boleh dimakan oleh faqir.
-Halimah
Ipoh
Kongsi daging korban?
Soalan
Boleh atau tidak satu bahagian korban dikongsi adik beradik?
Halim
Serdang
Jawapan
Tidak boleh berkongsi satu bahagian dengan ramai orang, sebab cukup satu bahagian untuk seorang. Perkongsian berlaku kepada seekor lembu atau unta tidak lebih daripada tujuh orang.
Hukum bukan Islam makan daging korban
Soalan
Saya menyertai ibadah korban di kawasan saya tetapi ada jiran bukan Islam yang datang beraya tetapi kebetulan saya masak daging korban itu. Apa hukumnya dia makan daging itu?
Salim,
Johor
Jawapan
Memakan daging korban oleh bukan Muslim adalah harus. Yang tidak bolehnya adalah memberi daging korban yang mentah kepada mereka.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]