Soalan
Ramai yang mendoakan supaya jemaah memperoleh haji mabrur. Bagaimana kita mengetahui haji itu mabrur atau tidak?
Haji Hasim
Taiping
Jawapan
Haji mabrur adalah haji yang diterima oleh Allah setelah mana seseorang itu melaksanakan haji dengan sempurna dan ikhlas. Di antara tanda- tanda haji mabrur adalah keadaan seseorang itu makin dekat dengan Allah dan ibadatnya semakin bertambah dan mampu meninggalkan segala larangan Allah Taala.
Beza khutbah
Jumaat dan
khutbah solat raya
Soalan
Ada beza antara khutbah Jumaat dengan khutbah solat Hari Raya. Benarkah khutbah solat Hari Raya sunat didengar tetapi solat Jumaat sebahagian daripada syarat sah solat Jumaat?
Imran
Ipoh
Jawapan
Perbezaan khutbah Jumaat dan khutbah raya adalah khutbah Jumaat adalah syarat sah solat Jumaat adapun khutbat raya ia bukan syarat sah solat Hari Raya. Solat Hari Raya boleh dilakukan tanpa khutbah.
Jangan sakiti
hati jiran
Soalan
Islam meminta kita menghormati jiran dan perlu jaga adab berjiran. Bagaimana kita hendak memelihara tingkah laku supaya tidak menyakiti hari jiran?
Musalmah
PPPR
Jawapan
Untuk kita menjaga hak jiran selalu memberi salam kepada mereka apabila bertemu, cuba memudahkan urusan mereka dan cuba berbincang dengan mereka apabila ada salah faham.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]