Suami tanggung dosa isteri tak tutup aurat?
Soalan
Ustaz betulkah suami akan menanggung semua dosa isteri yang tidak menutup aurat dan pada masa sama suami pun tidak pernah menasihati isteri tutup aurat dan membiarkan isteri menayang rambut dan tubuh badan di media sosial.
Farid Azha
Skudai, Johor
Jawapan
Kaedah asal adalah setiap orang menanggung dosa sendiri. Tidak ada orang lain menanggung dosa orang lain melainkan kita yang menjadi punca kepada sesuatu maksiat atau menolong seseorang itu melakukan maksiat.
Di dalam kes ini sekiranya seorang suami tidak menasihati isterinya dan dia juga reda di atas perbuatan itu maka dia turut menanggung dosa isterinya. Tetapi sekiranya dia sudah menasihati dan tidak reda di atas perbuatan tersebut maka isterinya sahaja yang menanggungnya.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]. –UTUSAN